Sunday, October 30, 2011

Apasal Selalu Tidur lambat??

Tumblr_ltu43birht1qauiflo1_500_large
Kehidupan sebagai student memang tak dapat lari dari masalah tidur lambat, sama ada disebabkan oleh faktor kesihatan (insomnia) ataupun sebagai hobi. Selain dari itu, masalah tidur lambat juga adalah disebabkan oleh himpitan kerja yang tak setel-setel, sebulan supervisor mintak proposal tapi sehari sebelum hantar baru teringat, study untuk final exam, buat discussion, hafal rumus, hafal kamus, tengok movie tengok drama Korea, dan ade juga yang menikmati malam bulan mengambang sambil dihiasi bintang-bintang berkelipan. 


Tapi, u all tahu tak bahawa tidur lambat tu mendatangkan kesan negatif pada tubuh badan kita. Antara akibat kekurangan tidur malam ialah:
i. Sume bende jadi macam rumit. Nak dimudahkan bahase, kepale jadi serabut. Kebanyakan bende yang kita study atau ingat hasil study lewat malam adalah short term memory.

ii. Peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa mereka-mereka yang tidur kurang dari enam jam dalam sehari cenderung untuk mengalami obesiti berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam sehari.

iii. Masalah tidur yang serius boleh menyebabkan masalah kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, stroke dan obesiti.

iv. Penyebab depression. Kurangnya tidur akan menyebabkan stress, kawalan emosi yang kurang baik, dan keletihan mental.

Selain dari yang telah atin tulis di atas, banyak lagi keburukan yang disebabkan oleh masalah kekurangan tidur yang tak sempat Atin tulis. Kenape? Sebab Atin pun da ngantuk, atin nak tido!...zzzz hihi
Tumblr_lt8qtgmo6q1qjteh1o1_500_large

No comments: