Thursday, October 27, 2011

Bile Waktu Sesuai untuk Update belog??

(teringin ke nk *JAM dinding SHINee* ni?? haha bole je..Atin order kan ekk?? cehh gurau je..order la kat kpop Shop k^^)

Wah ini menjadi satu lagi persoalan kepada semua. Lebih -lebih lagi orang-orang yang bukan menulis blog. Sesekali mesti mereka terfikir bila lah masanya penulis-penulis blog ini mengupdate blog? Macam manalah blogger semua mengarang ayat untuk menghasil sesuatu entri?
hihi pic atas ni xde mengene dgn cerite yg atin nk smpaikan huhu..JOm tgk cerite atin kat byh ni
*

*

*


*


*


*
Macam-macam soalan yang bermain di fikiran mereka semua. Usah risau atau gundah gulana. Atin  akan memberitahu jawapannya. Jika ada yang bertanyakan soalan diatas jawapan nya hanya satu. Setiap masa atau bila-bila masa sahaja seorang blogger itu boleh mengupdate blog. Ia tidak tertakluk pada mana-mana syarat yang khusus.
Semua blogger-blogger kental berkeupayaan mengupdate blog pada bila-bila masa. Cuma mereka ada jadual atau masa mereka sendiri. Ada yang memilih sebelah malam, ada yang memilih selepas subuh, ada yang memilih sebelah pagi, ada juga petang malah ada juga setiap satu jam. Haa? Kenapa tak percaya?
Bagi Atin, proses mengupdate blog lebih sesuai di pilih pada waktu malam. Bukan apa, aku penulis blog sambilan buat masa ini. Masa yang terluang adalah sebelah malam. Kadang-kadang ada juga sebelah pagi. Tetapi tengok keadaan. Kiranya 80% dari kesemua entri Atin di tulis pada waktu malam.
Bukan setakat ada masa pada waktu malam sahaja, malah aku memilih sebelah malam sebab ianya lebih tenang dan lebih sunyi. Insyallah. Atin tak pernah pulak jumpa orang boleh berkarya di suasana bingit. Tapi tak tau laa kalau ada orang yang boleh buat macam tu kan. Sememangnya dia hebat.
Sebenarnya, setiap blogger ada masa-masa tersendiri untuk mengupdate blog. Sama ada mematuhi disiplin diri sendiri untuk mengupdate blog, mengelakkan blog bersarang begitu lama ataupun mengejar waktu-waktu puncak untuk menarik perhatian pengunjung. Itu terpulanglah pada diri blogger masing-masing. Yang pentingnya, blog itu tidak mati dan terus menerima pengunjung kan.

Jadi kawan-kawan semua macam mana? Bilakah waktu yang sesuai bagi anda untuk mengupdate blog?

ok la nk tidor daa.Bye ^^

4 comments:

Atin Tory said...

maafnye kalo ad yg pernah bace..

Nurhafizah Ismail said...

sya pun slalu buat time nak tdo

Atin Tory said...

@Nurhafizah Ismail : hehe.. bagus untuk minda >_<

leogurl94 said...

Time ade idea >.< Takut nanti lupa . Sy pelupa sikit >.<