Tuesday, October 25, 2011

Sihatkah Posisi Tidur Kita?


Tidur merupakan kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang. 
Semasa tidur, kita dapat beristirahat dan akan merasa lebih segar ketika bangun..
Ada yang suka tidur posisi meniarap, menelentang, mengiring sebelah kiri dan kanan..
Namun adakah kita mengetahui kesan2 posisi tidur keatas diri kita??
Cara manakah yang paling baik untuk tidur??

Tidur Meniarap
  • kita akan berasa sesak nafas dalam masa yang singkat sekiranya tidur meniarap kerana tulang belakang yang terletak diatas akan menghalang otot2 dada berkembang ketika menarik dan menyedut nafas.
  • kita juga akan berasa senak perut, sakit leher dan sakit2 seluruh badan.


Tidur Menelentang
  • tidur seperti ini akan menyebabkan mulut terbuka kerana otot rahang sebelah bawah merenggang. ini akan menyebabkan udara yang disedut oleh paru2 melalui mulut dan bukannya melalui hidung.
  • hidung merupakan organ pernafasan yang sangat penting. bulu hidung dan mukus berfungsi untuk menapis dan melembapkan udara sebelum ia masuk ke paru2.
  • tidur menelentang akan menyebabkan udara yang tidak bertapis masuk melalui mulut terus ke paru2 yang akan mendedahkan kepada penyakit batuk, sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru2.
  • tidur menelentang juga boleh menyebabkan kite berdengkur.


Tidur Mengiring Sebelah Kiri
  • tidur mengiring sebelah kiri tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru2 kanan yang saiznya lebih besar dari paru2 sebelah kiri.
  • ini akan melemahkan denyutan jantung terutama mereka yang menghidap masalah jantung.


Tidur Mengiring Sebelah Kanan
  • posisi terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.
  • tidur cara ini akan membantu mempercepatkan pencernaan, mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan menapis serta melembapkan udara yang masuk ke dalam paru2.

haha..mcm ni la rupenye BIG BANG tidur haha..but yg tepi skali 2??? pndai Tabi ambik bear yg besar sebagai bantal peluk die.ish3

credit by:Firdaus

No comments: