Sunday, January 22, 2012

Tips for new blogger

Tumblr_ly1b1geasm1qlq8bco1_1280_large
OK atin ade terbace blog ni , ni sesuai untuk newblog >_<

Saya nak kongsi sedikit tips untuk memulakan perjalanan anda ke dalam dunia blog \cehh ayat tak boleh blah/.

1.Template yang sesuai.
Firstly nak buat blog mestilah kena pilih template. Pemilihan template penting bagi setiap blog. Kalau template tu serabai siapa nak tengok kan, lebih-lebih lagi template yang lambat loading tu. Oh gosh, memang terus tekan butang [x] jelah.

Saya cadangkan blogger baru guna template simple, denim classicwashed denim or minima template. Yang di-italic tu link untuk edit/use template tersebut. Semua blogger-blogger yang pakar bidang edit blog ni.

P/s: sangat penting bahawa copy paste artwork atau kreativiti blogger lain adalah tidak dibenarkan. Of course pemilik blogger itu akan naik hangin sebab hasil seni mereka telah dicetak rompak. Get your own dose of creativity.


2. Pemilihan warna untuk template.
Saya syorkan colgate \haha saya agak gila sikit hari ni sebab lapar, I'm mad when I;m hungry/. Back to the point. Pemilihan warna macam mana maksud saya ni? Pemilihan warna background, main body etc.. Seboleh-bolehnya pilih warna yang cerah, sedap sikit mata memandang.

Elak menggunakan warna hitam untuk main body blog awak sebab akan menjejaskan mata. Pernah dengar nasihat orang-orang tua jangan baca dalam gelap? Haa, kalau tak nak rabun, elakkan. Tetapi warna hitam boleh digunakan untuk background blog, tak salah pun.

3. Iklan bertabung bersamamu.
Selalunya tengok blogger-blogger selalu cakap pasal heartbeat, nuffnang and churp churp. Apa fungsi benda tu? Iklan-iklan ni boleh memberi kita keuntungan ketika berblogging, hadap laptop hias blog, orang click dapat earning. Tak ke berbaloi-baloi daripada membuang masa.

Tekan SINI untuk mendapat pendapatan melalui nuffnang, yang lain tu google lah sendiri ye. Apa lagi awak? tekan lah nuffnang and heartbeat saya juga \haha/.

Ada orang tanya tak ke terlalu tamak letak banyak-banyak iklan dalam blog? -Kalau ia dapat menguntungkan awak apa salahnya. Mana tahu salah satu iklan lebih hebakk dari yang lain. Contoh: awak lebih cepat dapat earning melalui nuffnang daripada heartbeat.

4. Edit blog.
Ini selalu sangat orang tanya macam mana nak edit blog comel macam saya. Meh saya ceritakan kisah saya mula-mula dalam dunia blog ni.

Dulu blog saya kurang menarik, tak ramai followers, pengunjung pun ciput jahh. Mungkin sebab blog kurang menarik, pengunjung blog pun kurang tertarik so saya sedaya upaya meng-edit blog saya dengan kaedah dan cara saya sendiri sehinggalah mendapat hasil seperti sekarang.

"Nobody starts from C, you must start from A to get all the alphabets in order" \quote buat sendiri ni, ehehe/. Apa yang awak perlu buat ialah belajar berusaha sendiri, kalau asyik suruh orang yang editkan macam mana nak berjaya? Tak best lah kan blog lawa bukan sebab hasil sendiri. So mari godek tutorial-tutorial yang telah disediakan oleh blogger-blogger famous amos ni.

5. Entry.
Dah kata blog untuk luahan hati kita tulis jelah apa yang kita suka. Awak tak suka, boleh blah dari blog saya. Amboi ayat awak, tak boleh nak hormat lagi ke? Ini contoh je okay.

Ye memanglah blog ni tempat luahan hati awak tetapi tak perlulah sampai semua detail awak nak ceritakan. Contoh: Statement pengakuan awak yang memalukan, boyfriend bertukar-tukar. Semua itu harus diprivatekan sebab akan memberi fitnah negatif kepada awak. Boyfriend kalau nak bertukar-tukar, janganlah dok cite ilovehimsomuch last-last ended up with tears. Tengok-tengok sudah ada yang baru :/

Perlu diingat blog awak beribu orang akan tengok bukan awak sorang je tau. Elakkan bercerita tentang perkara yang terlalu private and detail macam tulis dalam diary. Diary and blog jauh bezanya, tak ada yang sama pun. Dalam diary bolehlah cerita pasal setiap jadual awak hari ni tetapi kalau dalam blog siapa yang nak baca sangat? Ulas perkara yang penting dan perkara yang awak nak ingat sampai bila-bila sebab blog tak akan hilang seperti diary.

Credit by : nabhiha

2 comments:

twinkle isya said...

Macam mana nak buat embedded comment macam awak for blogskin ?

Atin Tory said...

@twinkle isya ; maksut awk? comment platform ke? Click SINITutorial platform comment