Sunday, March 11, 2012

Tips Hilangkan Jerawat

Tumblr_m0fi04hj9a1r74czro1_500_large

Hoho. Rasanya ini kali pertama atin bagi tips dalam kategori penjagaan kecantikan muka eheh. Tips atin ni simple je, sape-sape pun takde masalah nak amalkannya. Tak perlu keluarkan duit, lagi simpan duit ada la hehe.

     Kawan-kawan yang kenal atin sejak Tingkatan 3 mesti tau muka atin ni penuh dengan jerawat. Paling banyak sekitar pipi kiri dan kanan. Kadang-kadang nak ke sekolah pun rasa malu. 

      Tak banyak tips yang atin amalkan . Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:



 Jangan Garu Muka

       Ini petua daripada nenek saudara atin. Dia pernah tegur muka atin yang penuh jerawat masa sekolah dulu. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata nenek saudara aku yang comel eheh.



 Cara berkesan hilangkan jerawat 

        Mula-mula, selalulah membersihkan muka korang dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair.

Lepas tu, sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka korang macam pakai bedak sejuk. Kalau tak tahu apa kebenda bedak sejuk tu, sila lahh google ye!  Kalau boleh, amalkan setiap malam sehingga jerawat dah takde kat muka sebab selalunya aku sendiri buat dua tiga kali terus stop. Bukan apa, mula – mula aje bersungguhnya lepas tu bedak entah ke mana, muka pun dah jadi macam kuali. Sudahnya bila dah tua bangka baru nak menyesal tak menjaga kulit muka. Wuwuwuuu.

Bila dah bangun pagi tu, cuci muka korang dengan air suam. Ada jugak yang mengamalkan cara sapu bawang putih kat tempat berjerawat tapi keberkesanannya atin tak pasti. Selamat mencuba!



 Petua Lain  (Menggunakan Timun)


Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.




Itu saja petua yang atin amalkan dulu. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Suka ayin nak maklumkan, dengan tips-tips ni korang dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja ? //not sure . Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor.



3 comments:

mohd solahuddin said...

tq atin.hehe

Atin Tory said...

@muhd solahudin : hihi selamat mencuba ><

Anonymous said...

must look at this [URL=http://e--store.com/]lv outlet[/URL] and check coupon code available xOjsTDUf [URL=http://e--store.com/ ] http://e--store.com/ [/URL]