Tuesday, April 3, 2012

Cara Penjagaan Contact Lens


Tumblr_m0b6h7affl1ro093do1_500_large


   Untuk kali ni atin nak kongsi tentang perihal kanta lekap atau pun contact len..Bagi yang pakai spex mata tu mesti nak try guna kanta lekap kan ? atin pun pakai spex bile perlu je , tp bab2 contact lens ni   malas  je nak try ..Kadang2 tu bosan juga guna spex mata ni..maklum la kadang2 spex mata ni mencacatkan penampilan kita //betul x? OK la , dah tak de masa ni . asik bual2 je , sampai sok tak siap >_<


Cara Penjagaan Contact Lens
  •     Pertama sekali, selepas buka botol, rendamkan/soak lens selama 6 jam/ lebih menggunakan solution(multipurpose solution). jangan sesekali menggunakan air paip/air biasa untuk membersihkan lens/lens case. Selepas direndam baru boleh menggunakan lens dengan selamat.

  •    Pada penggunaan pertama kali, start dengan 4 hours/jam dulu, selepas itu ansur2kan jam pemakaiannya..tambah dlm 2 jam sehari. Jika mata anda rase letih atau tidak tahan ( sakit ), perlulah membuka lens itu. Jangan memaksa mata anda. Rendam lens dlm soltution water lepas itu baru pakai balik.

  •     Jika tidak menggunakan lens untuk tempoh yang lama, setiap minggu perlu tukarkan solution water yg digunakan untuk merendam lens di dlm lens case.

  •     Pastikan tangan anda dicuci bersih(soap free) dan dilap kering sbelum memegang/menyentuh lens. Jangan sekali2 berkongsi lens dengan org lain..Sangat2 bahaya..

Tumblr_lzsnrh2bva1ro093do1_500_large


How Do I Insert and Remove My Contact Lenses?

RIGHT---------------------WRONG



  • Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

  • Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.

  • Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

  • Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap korang dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

  • Langkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap korang. 


No comments: