Saturday, July 21, 2012

Tabiat Kita Dalam Bulan Ramadhan


HAPPY RAMADAN :)
pinjam pic fika jab ><

Atin nak ucap selamat berpuasa pada semua umat islam ^^ . Puasa-puasa jugak . Pada siapa yang rasa die tak puasa tu , janganlah lah malas puasa , anggaplah ini satu cabaran untuk korang . Kalau pendapat atin , ini bagus sebab sesuai bagi mereka yang rasa-rasa dia suka berdiet , ini yang paling sesuai untuk perdiet , betul? hihi . 

Kalau korang nak tahu , orang Melayu Islam di Malaysia ni ada tabiat diorang yang tersendiri bila berada dalam Bulan Ramadhan. Antaranya ialah:-
    

Mereka Hanya Berpuasa Semata-Mata Tetapi Gagal Menunaikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam

  • Ramai dalam kalangan orang Melayu Islam yang berpuasa penuh selama sebulan akan tetapi puasa mereka tidak disertai dengan ibadah Solat 5 Waktu Sehari Semalam. Alangkah ruginya kita. Puasa yang menghalang kita daripada makan dan minum serta melarang kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita mampu buat, Solat 5 Waktu yang menjadi tiang agama kita tak mampu buat. Puasa yang bermula daripada terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari kita mampu laksanakan, mengapa solat 5 waktu yang setiap satunya hanya memerlukan 5 minit untuk kita laksanakan tetap kita gagal untuk melaksanakannya. 


Ibadah yang sunat dikejar-kejar, ibadah yang wajib dibiar jatuh berciciran

  • Orang Melayu Islam sama sekali tidak dapat lari daripada fenomena Solat Sunat Terawih. Mereka gemar sekali menunaikan Solat Sunat Terawih akan tetapi Solat 5 Waktu yang wajib itu mereka tidak endahkan. Harus diingatkan di sini bahawa bukan semua orang Melayu Islam yang gemar ke masjid bagi menunaikan Solat Sunat Terawih itu tak solat 5 waktu. Hanya ada segelintir sahaja yang berkelakuan begitu yang mana Terawih dia pergi tapi solat 5 waktu yang wajib itu entah ke mana pergi. Dalam hal ini, orang Melayu Islam harus sedar dan faham akan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Dahulukan perkara yang wajib dan kemudiannya barulah diiringi dengan ibadah-ibadah sunat seperti Solat Sunat Terawih dan sebagainya. Yang lebih penting itu yang harus kita utamakan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. 


. Boros berbelanja dalam membeli juadah berbuka puasa

  • Tidak salah untuk berbelanja apatah lagi bagi tujuan membeli juadah untuk berbuka puasa. Apa yang menjadi masalah ialah keborosan yang melampau dalam membeli juadah sehinggakan terlalu banyak lebihan makanan yang menyebabkan sebahagiannya terpaksa kita buang. Amalan pembaziran yang sebegitu seharus nya kita jauhi supaya nafsu tidak menguasai diri.



Info daripada MHZ

No comments: